maklumat pasal panda

Jianzhu ialah sejenis buluh. Oleh sebab daunnya berbentuk panjang, seperti pedang, buluh ini dinamakan Jianzhu (buluh pedang). Buluh ini merupakan makanan utama panda. Lebih 20 tahun yang lalu, Jianzhu tiba-tiba berbunga kemudian mati secara besar-besaran, maka panda telah menghadapi masalah kekurangan makanan. Namun, melalui usaha pemuliharaan yang baik, Jianzhu tumbuh semula dengan subur di Kawasan Perlindungan Alam Wolong, dan panda yang merupakan spesies yang hampir pupus dapat hidup dengan selesa di kawasan ini.
Kawasan Perlindungan Alam Wolong yang terletak di bahagian barat laut Provinsi Sichuan ini, merupakan salah sebuah habitat utama panda. Oleh sebab itulah, Provinsi Sichuan digelar habitat asal panda.
Panda liar hanya ditemui di hutan tebal di provinsi Sichuan, Shaanxi dan Gansu. Namun tempat yang paling baik bagi pelancong untuk menyaksikan haiwan yang comel ini ialah Taman Panda yang terletak di Kawasan Perlindungan Alam Wolong.
Pegawai yang berkhidmat di kawasan perlindungan tersebut, Encik Zhang Liming berkata:
"Kami berharap dapat membantu panda agar terus hidup dengan sihat, di samping memberikan peluang kepada pelancong untuk mendekati haiwan yang hampir pupus ini. Selain itu, kami juga memaklumkan betapa pentingnya usaha memelihara ekologi kepada para pelancong serta memperkenalkan sejarah dan ciri-ciri panda, spesies kuno yang digelar 'Fosil Hidup' kepada para pelancong."
Panda ialah sejenis haiwan yang amat disukai oleh orang ramai. Kini, lebih 100 ekor panda dipelihara di Taman Panda ini. Di taman ini, kita dapat melihat banyak panda yang bermain di luar bilik, ada yang bermain papan gelongsor, ada yang memanjat pokok, ada juga yang berehat dengan bersandar pada batu.
Pekerja di taman ini memberitahu kami bahawa panda ialah sejenis beruang, dan pandai memanjat pokok. Jika terjatuh dari pokok, panda tidak akan cedera, kerana badannya amat gemuk.
Menyediakan makanan panda merupakan suatu perkara yang amat menyusahkan. Ini kerana pada masa dahulu, panda memang makan daging, tetapi haiwan ini beransur-ansur menjadi "vegetarian", dan buluh makanan utamanya. Cuaca yang lembap di Wolong amat sesuai bagi pertumbuhan buluh, jadi banyak panda yang hidup di sini. Walaupun panda tidak makan daging lagi, namun daya cernanya tidak banyak berubah. Sekiranya panda melakukan pergerakan yang terlalu kuat, daya fizikalnya akan terjejas. Itulah sebabnya panda selalu bergerak perlahan-lahan dan kelihatan sangat malas.
Puan Rebecca Haase dari Amerika Syarikat telah melihat panda secara dekat buat pertama kalinya. Beliau telah mengambil banyak gambar panda yang sedang makan dan bermain. Beliau berkata:
"Saya berasa amat seronok dapat melihat panda dari jarak yang begitu dekat. Panda ini semuanya kelihatan sihat dan comel. Saya berharap Wolong mempunyai lebih banyak panda."
Di Taman Panda tersebut, terdapat sebuah bilik yang dilengkapi kemudahan termoden untuk memelihara anak panda. Melalui tingkap bilik itu, para pelancong boleh melihat anak panda yang baru dilahirkan. Badan anak panda itu hanya sebesar tapak tangan manusia, matanya masih belum terbuka, dan badannya belum berbulu.
Di luar bilik itu, Encik Zhang Shicang, pelancong dari Taiwan China telah menyaksikan seluruh proses menyusu anak panda. Beliau berkata:
"Saya mendapat banyak maklumat tentang panda dalam lawatan kali ini. Pemandu pelancong banyak bercerita kepada kami tentang sejarah dan keadaan hidup haiwan yang bernilai ini. Sekarang saya sudah tahu bahawa panda kurang membiak, dan ibu panda juga tidak pandai menjaga anaknya."
Kami dimaklumi bahawa kadar kematian anak panda amat tinggi disebabkan penyakit ataupun terbunuh oleh ibu panda dengan tidak sengaja. Walaupun panda boleh melahirkan lebih daripada seekor anak pada satu-satu masa, namun ibu panda hanya mampu menjaga seekor anak sahaja. Maka, pekerja di Taman Panda ini akan menjaga anak-anak panda yang tidak dijaga oleh ibunya atau yang diserang penyakit.
Sekarang, semakin ramai orang yang suka akan panda, dan sebahagian daripada mereka bersedia menjadi sukarelawan di Wolong. Kodama Midori dari Jepun merupakan salah seorang daripada sukarelawan ini. Beliau memberitahu kami bahawa beliau dan tiga orang rakannya akan bersama-sama menjadi sukarelawan di taman panda ini selama seminggu. Beliau berkata:
"Saya memberikan makanan kepada panda-panda di sini setiap pagi. Pada waktu tengah hari dan petang, saya membersihkan bilik panda. Biasanya pelancong tidak berpeluang untuk mendekati panda seperti saya. Jadi aktiviti ini membuatkan saya berasa sangat teruja dan bangga."
Melawat Wolong pada musim yang berbeza, akan memberikan pengalaman dan pemandangan yang berbeza kepada para pelancong. Pakar penyelidik panda, Encik Li Desheng memberitahu kami bahawa pada musim panas, cuaca di Wolong agak nyaman dan tidak panas. Maka, panda suka bermain dan agak aktif pada masa itu. Pada musim gugur, pelancong mungkin berpeluang untuk menyaksikan proses kelahiran anak panda. Manakala musim bunga pula, merupakan musim mengawan bagi panda.
Selain panda ternakan, terdapat juga lebih 100 ekor panda liar yang hidup di hutan tebal di Kawasan Perlindungan Alam Wolong. Angka tersebut mewakili kira-kira 10% daripada panda liar di dunia.

maklumat pasal arnab

Sebagai pemilik arnab, adalah menjadi tanggungjawab LB bagi memberikan makanan yang terbaik kepada arnab dalam jagaan LB. Pallet yang berkualiti dan berkhasiat, air yang bersih dan ditukar kerap, sayur sayuran hijau yang segar dan dibasuh bersih, buah buahan yang tidak rosak dan juga Hay yang segar dan wangi.

Bagi mendapatkan hay yang hijau dan kurang habuk, dengan cuaca kita di Malaysia nie teramatlah susahnya nak dapat yang betul betul cantik. Biasanya Lb akan beli Hay melalui Online. Ada berbagai jenama dipasaran. Dan kebanyakan nya memang diimport dari luar negara. Ada yang memang siap dipack macam Oxbow Hay, American Pet Doc Hay, Alfalfa King dan Kaytee ( ini sahaja yang Lb tahu). Dan ada juga yang repack di Malaysia dan setakat ini LB rasa Hay yang di repack seperti Sun Cure Hay dari ChubbyPetGarden adalah yang terbaik setakat ini.

Lb mengatakan Hay yang repack terbaik adalah kerana dari pengalaman LB sendiri. Ada beberapa kali kononya LB ingin mencuba hay daripada nama nama gergasi dalam mengeluarkan Hay di seluruh negara. Macam Lb katakan Lb bertanggungjawab memberi yang terbaik. MUngkin dalam membeli Hay adalah lebih baik kita walk in shoping ini adalah kerana kita boleh melihat sendiri keadaan hay tersebut, samada berbau wangi , hijau dan kurang berhabuk.

Tapi memandangkan Lb nie duduk dalam hutan Simpan, jadi Online lah yang termudah. Selama membeli belah dengan online nie, yang kurang puas hati hanyalah condition Hay. Kerap terjadi LB menerima hay yang kurang berkualiti, dan biasanya hay yang kurang berkualiti ini adalah hay yang telah sedia di pack seperti. Bagi Lb harganya agak tinggi berbanding dengan kualitinya. Jika dibandingkan hay siap dipack berharga RM20++ dengan hay yang di repack berharga RM11.00 , hay berharga RM11.00 dan direpack adalah lebih baik.

Maksud Lb bukan tidak boleh beli secara online. TEtapi jangan dipandangkan jenama GERGASI ketiga membeli Hay, kualiti adalah yang terbaik. Hay yang baik adalah berwarna hijau gelap, berbau harum dan juga kurang habuk. Bagi pengalaman LB yang membeli Hay secara online. Hay yang baik akan meghasilkan bau yang harum, sebaik kotak atau bungkusan diserahkan oleh pihak pos. Dan apabila dibuka hau harum hay tersebut akan memenuhi ruang rumah. Jika anda nak tahu hay bagus atau tak, mintalah QC anda memeriksanya. Nak tahu siapa yang cukup arif tentang Hay, tak lain dan tak bukan arnab anda sendiri. Arnab amat bijak, dalam memilih pallet dan Hay yang bagus. Anda boleh cuba beri sedikit hay tersebut jika ia hanya menghidu dan lari, memang sah hay tersebut tidak cantik, dan jika ia memakannya terus sebaik menciumnya itu tentunya hay yang cantik.



Lb.. Order Ini…… tapi yang sampai yang sebelah tuu… nama dan jenama yang sama .. Tapi sama tapi tak serupa.. confuse..





LB tak pasti kenapa ada 1 pack repack sampai dengan Hay yang ready pack… ada harga tau RM11.00



Sekarang Lb faham kenapa Lb dapat Extra Repack Hay… nampak apa LB Maksudkan.. Jenama bukan segalanya.. kualiti mahu ada..

Satu lagi masalah dengan membeli Online adalah lain yang diorder lain pula yang sampai. Ini amatlah tidak sesuai bagi mereka yang cerewet. Bagi Lb senang saja kalau berhadapan dengan masalah ini. Black listed sahaja E-shop tersebut.

Kesimpulannya, Lb hanya menharapkan pemilik pemilik, atau tauke tauke E-shop ini lebih bertanggungjawab dengan barang yang mereka jual didalam eshop. Dan memberikan maklumat yang sebenar mengenai product yang mereka niagakan. Kerana samada pelanggan membeli secara online atau walk in kami tetap pengguna dan kami mempunyai hak kerana apa yang kami bayar adalah sama. Dan tidak kurang walau 1 sen pun. Memandangkan Lb bukanlah Cerewet tidak apa, tapi jika terdapat pelanggan yang cerewet.Bagaimana ?? ini tentu mengangu perniagaan anda.

KEPENTINGAN KITAR SEMULA

KITAR SEMULA DEMI MASA DEPAN
Monday, 7. August 2006, 06:50:46
Oleh: Mohd. Shah A. Hassan

SETIAP HARI, KITA MENGHAPUSKAN 15,000 TAN SAMPAH. TETAPI KITA SEMAKIN KESEMPITAN RUANG UNTUK MENAMPUNGNYA.

Kita biasanya tidak memikirkan di manakah sampah sarap kita dibuang atau apakah yang terjadi kepadanya sebaik sahaja ia dipungut. Hakikatnya lori sampah tidak dapat menghapuskannya begitu sahaja.

Kapasiti tapak pelupusan sampah kita semakin terhad. Di masa yang sama kita terpaksa menghabiskan jutaan ringgit untuk mengangkut dan melupuskan sampah. Lebih membimbangkan lagi, kini timbul rungutan tentang pencemaran, resapan bahan kimia ke dalam sumber air bawah tanah dan isu-isu keselamatan yang berkaitan.

Sudah tiba masanya kita menangani masalah ini sebelum terlewat. Fikir dulu sebelum buang, Jadikan amalan mengitar semula sebagai sebahagian hidup kita.


APAKAH KITAR SEMULA?

Proses mengitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula bahan-bahan yang sebelum ini dianggap sebagai sampah-sarap.


KENAPA KITAR SEMULA?

Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita

Pada ,masa ini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita.

Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih

Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan bersepah, ia akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.

Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran

Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan udara.

Kitar semula untuk menjimatkan kos

Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain. Apabila program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan semakin berkurangan. Ini seterusnya akan memanfaatkan anda kerana caj untuk pelupusan sampah akan dikurangkan.

Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita

Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai. Tahukah anda Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan produk kertas bagi menampung permintaan tempatan? Kita juga mengimport bahan buangan lain untuk industri pengeluaran yang lain.

Kitar semula untuk menjimatkan tanaga

Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin aluminium adalah bersamaan dengan tenaga yang digunakan untuk memasang TV selama 3 jam. Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.

Kitar semula untuk menyelamatkan hutan

Untuk mneghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan.kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih.


CARA DAN TEMPAT UNTUK KITAR SEMULA

Syarikat pengutip bahan kitar semula

Anda cuma perlu mengasingkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula daripada sampah-sarap dari tempat kediaman atau premis perniagaan atau pejabat anda. Kemudian, hubungilah syarikat pengutip bahan kitar semula. Anda juga boleh menghubungi Unit Kesihatan Awam Majlis Perbandaran Sandakan untuk mendapatkan bantuan. Nombor-nombor yang boleh anda hubungi adalah seperti yang berikut:-


089-228259 [Unit Kesihatan Awam; u.p En. Mohd Shah]

089-224625, 013-8924625 [City Express, u.p.: En. Joseph]


Tong kitar semula

Masukkan bahan kitar semula ke dalam tong kitar semula mengikut kod warna yang bersesuai. Tong-tong ini boleh didapati di sekolah-sekolah dan beberapa bangunan kerajaan. Kemudahan ini disediakan untuk menampung bahan kitar semula dalam jumlah yang kecil hingga sederhana sahaja.

Pusat kutipan

Bahan kitar semula yang lebih banyak dan lebih besar perlu dihantar ke pusat-pusat ini. Pada masa ini terdapat lima pusat kutipan yang masing-masing terletak di Bandar Nam Tung (sebelah gelanggang bola keranjang), Bandar Pasar Raya (hadapan Supermarket Servey), Taman Indah Jaya (sebelah Supermarket Happymart), Taman Fajar (hadapan gerai Fajar) dan si Bandar Sibuga Jaya (hadapan Pasar Sibuga Jaya).


CARA MEMULAKAN KEMPEN KITAR SEMULA DI RUMAH DAN DI PEJABAT

Ubah cara anda membuang sampah

Jangan buang segala-galanya ke dalam tong sampah yang sama. Asingkan bahan boleh dikitar semula daripada sampah-sarap yang lain. Ambil sedikit usaha untuk mengasingkan kertas, plastik, tin aluminium, tin keluli dan barangan kaca.

Amalkan sistem yang mudah

Amalkan sistem yang mudah diikuti dan lakukannya berterusan. Sediakan tong atau beg di tempat-tempat yang strategik di rumah atau pejabat. Tong atau beg ini digunakan untuk menyimpan bahan kitar semula.

Pilihan bekas

Anda boleh gunakan sebarang jenis tong atau beg. Contohnya: kotak kadbod, kotak kayu, bakul plastik dan rotan, tong sampah berpenutup, beg plastik, sarung guni, beg sampah plastik, dll.

Libatkan ahli keluarga dan rakan sekerja

Amalan ini menjadi lebih mudah jika setiap orang komited untuk mengitar semula.

Pastikan ia ringkas

Tabiat lama memang sukar dikikis, tetapi boleh diubah secara beransur-ansur. Yang penting jangan beria-ia sangat dan jangan guna paksaan. Amalkan konsep kitar semula selangkah demi selangkah. Tunjukkan kesungguhan anda melalui teladan dan amalkannya sehingga ia menjadi sebahagian hidup anda.

Nota:
Artikel ini diubahsuai daripada risalah yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Persekutunan).

Followers

Wednesday, July 21, 2010

PANTUN ALAM SEKITAR..

pergi ke kedai membeli bunga,bunga di beli cantik sekali,alam sekitar perlu di jaga,agar hidup sentiasa harmoni..berjalan-jalan di tepi tasik,bila berjalan perlu berhati,alam di jaga kan cantik,agar dilihat sumua generasi..pergi ke kota bersama teman,kota Melaka tempat pilihan,mejaga sungai jadi amalan,agar tidak berlaku pencemaran..pergi menyelam di dalam laut,pergi menyelam di laut china,kita perlu menjaga laut,agar khazanahnya terpelihara..dua tiga kucing berlari,mana nak sama si kucing belang,jika tidak menjaga bumi,nanti datang bencana alam..
diperah otak oleh sabar itu penawar jiwa di 01:07:00

No comments:

Post a Comment

Post a Comment