Pantun NasihatAngin teluk menyisir pantaiHanyut rumpai di bawah titiBiarlah buruk kain dipakaiAsal pandai mengambil hati
Pergi mendaki Gunung DaikHendak menjerat kancil dan rusaBergotong-royong amalan yang baikElok diamalkan setiap masa
Air melurut ke tepian mandiKembang berseri bunga sendudukElok diturut resmi padiSemakin berisi semakin tunduk
Daun sirih ulam Cik DaMakan sekapur lalu matiWalaupun banyak ilmu di dadaBiar merunduk resmi padi
Buah pelaga makan dikikirDibawa orang dari huluSebarang kerja hendak difikirSupaya jangan mendapat malu
Kemumu di tengah pekanDihembus angin jatuh ke bawahIlmu yang tidak diamalkanBagai pohon tidak berbuahTumbuh melata si pokok tebuPergi pasar membeli dagingBanyak harta tak ada ilmuBagai rumah tidak berdinding
Tulis surat di dalam gelapAyatnya banyak yang tidak kenaJagalah diri jangan tersilapJikalau silap awak yang bencana
Hendak belayar ke Teluk BetongSambil mencuba labuhkan pukatBulat air kerana pembetungBulat manusia kerana muafakat
Pakai baju warna biruPergi ke sekolah pukul satuMurid sentiasa hormatkan guruKerana guru pembekal ilmu
Lagu bernama serampang lautDitiup angin dari SelatanLayar dikembang kemudi dipautKalau tak laju binasa badan
Padi segemal kepuk di huluSirih di hilir merekap junjunganKepalang duduk menuntut ilmuPasir sebutir jadikan intan.
Budak-budak berkejar-kejarRasa gembira bermain di sanaKalau kita rajin belajarTentu kita akan berjaya
Jangan pergi mandi di lombongEmak dan kakak sedang mencuciJangan suka bercakap bohongSemua kawan akan membenci
Buah cempedak bentuknya bujurSangat disukai oleh semuaJika kita bersikap jujurHidup kita dipandang mulia
Jikalau tuan mengangkat petiTolong masukkan segala barangJikalau anak-anak bersatu hatiKerja yang susah menjadi senang
Asam kandis mari dihirisManis sekali rasa isinyaDilihat manis dipandang manisLebih manis hati budinya
Kayu bakar dibuat arangArang dibakar memanaskan diriJangan mudah menyalahkan orangCermin muka lihat sendiri
Selasih tumbuh di tepi telagaSelasih dimakan si anak kudaKasih ibu membaa ke syurgaKasih saudara masa berada
Masuk hutan pakai sepatuTakut kena gigitan pacatKalau kita selalu bersatuApa kerja mudah dibuat
Bandar baru Seberang PeraiGunung Daik bercabang tigaHancur badan tulang berkecaiBudi yang baik dikenang juga
Encik Dollah pergi ka JambiPergi pagi kembali petangKalau Tuhan hendak membagiPintu berkancing rezeki datang
Orang haji dari JeddahBuah kurma berlambak-lambakPekerjaan guru bukanlah mudahBagai kerja menolak ombak
Pinang muda dibelah duaAnak burung mati diranggahDari muda sampai ke tuaAjaran baik jangan diubah
Terang bulan di malam sepiCahya memancar kepangkal kelapaHidup di dunia buatlah baktiKepada ibu dan juga bapa
Kapal kecil jangan dibelokKalau dibelok patah tiangnyaBudak kecil jangan di pelukKalau dipeluk patah tulangnya
Asal kapas menjadi benangDari benang dibuat kainBarang yang lepas jangan dikenangSudah menjadi hak orang lain
Tengahari pergi mengailDapat seekor ikan tenggiriJangan amalkan sikap bakhilAkan merosak diri sendiri
Kapal Anjiman disangka hantuNampak dari Kuala AchehRosak iman kerana nafsuRosak hati kerana kasih
Tingkap papan kayu bersegiSampan sakat di Pulau AngsaIndah tampan kerana budiTinggi darjat kerana bahasa
Anak Siti anak yang manjaSuka berjalan di atas titiOrang yang malas hendak bekerjaPasti menyesal satu hari nanti
Bintang tujuh sinar berseriBulan purnama datang menerpaAjaran guru hendak ditaatiMana yang dapat jangan dilupa
Parang tajam tidak berhuluBuat menetak si pokok RuBila belajar tekun selaluJangan ingkar nasihat guru
Hari malam gelap-gelitaPasang lilin jalan ke tamanSopan santun budaya kitaJadi kebanggaan zaman berzaman
Pergi berburu sampai ke sempadanDapat Kancil badan berjalurBiar carik baju di badanAsalkan hati bersih dan jujur
Pulau Pandan jauh ke tengahGunung Daik bercabang tigaHancur badan dikandung tanahBudi yang baik di kenang juga
Ramai orang membeli jamuDi bawah pokok cuaca redupBersungguh-sungguh mencari ilmuIlmu dicari penyuluh hidup
Apa guna berkain batikKalau tidak dengan sucinya?Apa guna beristeri cantikKalau tidak dengan budinya
Berakit-rakit ke huluBerenang-renang ke tepianBersakit-sakit dahuluBersenang-senang kemudian
Buah cempedak diluar pagarAmbil galah tolong jolokkanSaya budak baru belajarKalau salah tolong tunjukkan
Pisang emas dibawa belayarMasak sebiji di atas petiHutang emas boleh dibayarHutang budi dibawa mati
Dalam semak ada duriAyam kuning buat sarangOrang tamak selalu rugiMacam anjing dengan bayang
Baik-baik mengirai padiTakut mercik ke muka orangBiar pandai menjaga diriTakut nanti diejek orang
Ke hulu membuat pagarJangan terpotong batang durianCari guru tempat belajarSupaya jangan sesal kemudian
Mari kita tanam haliaAmbil sedikit buat juadahUsia muda jangan disiaNanti tua sesal tak sudah
Padi muda jangan dilurutKalau dilurut pecah batangHati muda jangan diturutKalau diturut salah datang
Cuaca gelap semakin redupMasakan boleh kembali terangBudi bahasa amalan hidupBarulah kekal dihormati orang
Orang Daik memacu kudaKuda dipacu deras sekaliBuat baik berpada-padaBuat jahat jangan sekali
Dayung perahu tuju haluanMembawa rokok bersama rempahKalau ilmu tidak diamalkanIbarat pokok tidak berbuah
Kalau kita menebang jatiBiar serpih tumbangnya janganKalau kita mencari gantiBiar lebih kurang jangan
Pinang muda dibelah duaAnak burung mati diranggahDari muda sampai ke tuaAjaran baik jangan diubah
Pantai Mersing kuala JohorPantainya bersih sangat mashyurPohonkan doa kita bersyukurNegara kita aman dan makmur
Orang tua patut diseganiBoleh mendapat ajarnasihatUlar yang bisa tidak beginiBisa lagi lidah yang jahat
Ramai orang menggali perigiAmbil buluh lalu diikatIlmu dicari tak akan rugiBuat bekalan dunia akhirat
Tuan Haji memakai jubahSinggah sembahyang di tepi lorongKalau sudah kehendak AllahRezeki segenggam jadi sekarung
Patah gading serpih tandukMari diletak di atas papanJika tahu ganja itu mabukBuat apakah ia dimakan
Anak rusa masuk ke tamanPuas sudah orang memburuKalau muda jadikan temanKalau tua jadikan guru
Berakit ke hulu dengan bergalahBuluh pecah terbelahduaOrang tua jangan dilangkahKelak biadap dituduhnya pula
Rusa betina berbelang kakiMati terkena jerat sembatOrang yang muda kita sanjungiOrang yang tua kita hormat
Sorong papan tarik papanBuah keranji dalam perahuSuruh makan awak makanSuruh mengaji awak tak mahu
Adik ke kedai membeli haliaEmak memesan membeli laksaJadilah insan berhati muliaBaik hati berbudi bahasa